Wednesday, 14 September 2016

Tips mencegah dan punca batu karang yang perlu anda tahu ~ Klik Disini

Penyakit batu karang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss, kali saya nak kongsi sedkit tentang tips dan punca penyakit batu karang..

Tips Mencegah Batu Karang
  1. Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari.
  2. Kurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut dan kategori makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi.
Kaedah Rawatan


Bergantung kepada saiz, jenis dan kedudukan batu.

  • Bagi jenis asid urik dan sysstine, kaedah rawatan turut melibatkan cara mengubah pH air kencing sehingga mampu melarutkan batu tersebut.

  • Kaedah endoskopi atau satu lagi ialah kaedah pembedahan untuk mengeluarkan batu karang.


  • Bagi kaedah kurang invasif atau tidak membabitkan pembedahan, beberapa cara boleh digunakan mengikut tahap batu karang pesakit seperti gelombang Extracorporial shockwave lithotripsy (ESWL) khusus untuk batu bersaiz kurang dua sentimeter.


  • Sesetengah batu seperti systine dan calsium oxalat monohydrate adalah sangat keras dan susah untuk dipecahkan menggunakan kaedah ini. Teknik ini juga tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi, masalah saluran darah mengambil ubat pencair darah dan batu yang dijangkiti kuman.


  • PCNL atau Percutaneous Nephrolithotripsy merawat batu saiz lebih dua sentimeter; retrograde Intrarenal surgery (RIRS) merawat batu kurang satu sentimeter yang mana batu karang itu dipecahkan menggunakan laser.

Faktor Risiko atau Punca-Punca Batu Karang

  • 1.   Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.
  • 2.   Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing mungkin sedikit tersumbat.


  • 3.   Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.


  • 4.   Risko turut dipengaruhi oleh tahap metabolisme setiap individu.
  • 5.   Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan kuman semasa kecil.
  • 6.   Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang. Namun ada juga yang menyangkalnya.
  • 7.   Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.
  • 8.   Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.
  • 9.   Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik.

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share artikel ini supaya kita sama-sama dapat membantu menyebarkan info mengenai tips mencegah dan punca batu karang  ini dan saya berharap anda dapat berkongsi pengalaman anda dan memberi nasihat melalui ruang komen dibawah.Kerana pengalaman dan maklumat anda mengenai penyakit batu karang ini amat berguna untuk rakan-rakan yang lain. InshaAllah..