Wednesday 14 September 2016

Putihkan Kulit & Gigi Dengan Kulit Limau ~ Klik Disini

Tags

Putihkan Kulit & Gigi Dengan Kulit Limau


Assalamualaikum guyss.. harapnya uollsss semua sihat hendaknya.. kali ni saya nak membebel pasal kulit limau.. hehehe

Biasanya kalau kita makan buah limau apa yg kita buat dengan kulitnya? Meh saya kongsi beberapa tips dan panduan berkaitan petua limau:

Satu petua kesihatan yang diamalkan oleh beberapa orang rakan karib saya petua ialah bila pesan air limau nipis kat kedai.. Diaorang akan makan kulitnya.. masuk semua sekali dalam mulut dan telan sampai habis. Katanya amalan tuh bagus untuk hapuskan toksin dalam badan.. dan bagus juga untuk kulit.

kalau memasak kat rumah, kekadang bila ada yg guna limau nipis, elok jangan dibuang terus kulit limau tuh.  Cuba letakkan dalam bekas sabun basuh pinggan. Pinggan yg dicuci tuh takde lah bau sabun sangat. Biasanya akan bau limau lebih daripada bau sabun. Malahan kotoran minyak kat pinggan pun lebih mudah hilang semasa kita basuh. Betul tak?? hehehe..

Selain limau nipis, limau mandarin yang sekali-sekala kita beli tu pun sesuai jugakk…  Selalunya kita buang jer kulit limau mandarin tu kan.. Haa… lepas nie simpan.. masukkan dalam bekas sabun…

Selain tuh ada satu petua berguna yang boleh kita amalkan dengan kulit limau nie.. tak kiralah limau nipis ke ataupun limau mandarin.. hmm.. limau bali pun kira boleh juga la kot..huhuhu...

Petua Putihkan Gigi Dengan Kulit Limau

Lepas habis makan limau. Jangan buang kulitnya tu. Gosokkan bahagian dalam kulit limau tadi pada gigi. Bila kerap diamalkan gigi akan bertambah putih.. Hmm.. cuma satu jer saya nak pesan.. Jangan sekali-kali buat kat kedai makan atau di tempat awam.. nanti tak pasal-pasal orang jeling semacam jer kat korang.. hahaha..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)