Saturday 10 September 2016

Tips Meransang Kepintaran Bayi Yang Harus Anda Tahu ~ Klik Disini

Tags

10 Tips Meransang Kepintaran Bayi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai guysss, kali ini saya nak kongsi sedikit tips untuk merangsang kepintaran bayi.. 

Menurut pakar perkembangan bayi, tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran yang terbaik baginya ialah individu dan persekitaran di sekelilingnya.

Bercakap, menyanyi & ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala agak sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Dibawah adalah antara aktiviti menarik yang disarankan:

1- Bertentangan Mata
  • Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2- Bercakap Dengannya
  • Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3- Beri Susu Ibu
  • Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi SUSU IBU mempunyai tahap kecerdasan tinggi. Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4- Jelirkan Lidah
  • Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir seawal dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5- Hasilkan Buku Binatang
  • Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album. Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6- Geletek Si Bayi Pada Keseluruhan Tubuhnya
  • Ketawa langkah pertama dalam perkembangan bayi. Permainan seperti ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7- Tunjukkan Perbezaan
  • Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8- Berkongsi Pandangan
  • Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9- Nyanyikan Lagu Untuknya
  • Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.


10- Gunakan Masa Menukar Lampin Sepenuhnya
  • Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaia

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share untuk semua, semoga artikal ini memberi manfaat untuk semua..