Thursday 27 October 2016

Cara mengupas kulit buah tomato dengan mudah sebelum dimasak

Tags


Petua mengupas kulit buah tomato dengan mudah sebelum dimasak

Tomato banyak gunanya dalam masakan. Selain memberi khasiat, ia juga berfungsi sebagai penambah rasa kepada makanan. Pernahkah anda mencuba resipi yang memerlukan anda untuk mengupas kulit buah tomato sebelum dimasak? Agak leceh kan? Rasa ada petua mengupas kulit buah tomato yang mahu dikongsi bersama anda. Diharap ia dapat membantu anda di dapur.

BAHAN-BAHAN:
  • Periuk kecil
  • Air Panas
  • Buah tomato

CARA-CARA:
  1. Ambil buah tomato yang anda mahu kupas kulitnya. Lakukan sedikit torehan dibahagian bawah buah menggunakan pisau tajam.
  2. Masukkan air panas ke dalam periuk dan masukkan buah tomato tadi. Tutup periuk dan biarkan selama 1-2 minit.
  3. Keluarkan buah tomato anda tadi dan kupas kulitnya. Insyaallah proses pengupasan akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share