Thursday 27 October 2016

Resepi Kuih Pau Goreng Maksu

Tags


Resepi Kuih Pau Goreng Maksu

BAHAN PAU:
  • 500 gm tepung kuih pau
  • 6 gm yis segera
  • 50 gm minyak sayur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 100 gm gula halus
  • 250 gm air suam

BAHAN INTI:
  • 200 gm kacang merah
  • 100 gm gula perang
  • ½ sudu teh gula merah
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
  1. Untuk membuat inti pau, rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
  2. Kemudian masukkan kacang dan air ke dalam bekas pengisar dan kisar sehingga halus.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Untuk membuat kulit pau pula, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  6. Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
  7. Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50 gm.
  8. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  9. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
  10. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
  11. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.
Selamat mencuba & Dipersilakan share.