Tuesday 11 October 2016

Resepi Ayam Goreng Tiram ~ klik disini

Tags


Resepi Ayam Goreng Tiram

Bahan-bahan (untuk 2-6 orang):
  • - 6 ketul kepak ayam (bersihkan, kerat 2 & kelar-kelar)
  • - 2 sudu sos tiram
  • - 2 sudu kicap manis
  • - 1 sudu garam halus
  • - 1/2 sudu serbuk kunyit
  • - 1 sudu gula
  • - 3 ulas bawang putih
  • - 3 biji bawang merah
  • - 1/2 inci halia
  • - 1 sudu ladahitam - ditumbuk kasar
  • - 1 sudu minyak bijan (jika suka)
  • - Minyak untuk goreng terendam

Cara Penyediaan:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga halus. 
  • Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk goreng. Gaul hingga mesra dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sempurna. Anggaran selama 10 minit atas api sederhana.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.