Tuesday 11 October 2016

Resepi Ayam Masak Halia ~ klik disini

Tags



Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

  • 250 gm ayam - potong kecil-kecil
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • ½ sudu makan minyak bijan
  • 4 cm halia – hiris halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak masak.
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai cili merah – hiris halus
  • Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

  • Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.
  • Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.
  • Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.