Thursday, 6 October 2016

Resepi Dalam Pantang, Sup Ikan Haruan ~ Klik Disini

Tags

Resepi Sup Ikan Haruan

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan haruan
  • 3 tangkai daun sup | dihiris
  • 3 biji bawang besar | dikisar
  • 2 biji bawang putih | dikisar
  • 30 gm halia | dikisar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
  • 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  • 2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  • 3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
  • 4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup

Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, selamat mencuba.. dipersilakan share.