Thursday, 6 October 2016

Resepi Nasi Goreng Kambing dan Buah Zaitun ~ Klik Disini

Tags

Resepi Nasi Goreng Kambing dan Buah Zaitun

Bahan-bahan:
  • 6 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang    | dicincang halus    
  • 2 sudu besar pasli   | dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih   | dicincang halus
  • ½ kg kambing    | dipotong kecil-kecil
  • 5 biji cili merah   | dibuang biji & dicincang
  • 1 cawan buah zaitun | dibuang bijinya
  • 4 cawan nasi putih
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuat:
  • 1 .    Panaskan minyak zaitun di dalam kuali untuk menumis bawang dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
  • 2 .    Masukkan kambing dan masak lagi selama 5 minit. Pastikan ia dimasak sama rata.
  • 3.     Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  • 4.     Tabur cili ke atas kambing itu dan gaul lagi.
  • 5.     Kemudian masukkan buah zaitun dan nasi putih sambil digaul sama rata.
  • 6.     Tabur pasli ke atas nasi dan gaul seketika.
  • 7.     Hidang apabila masih panas.

Info chef: Tambahkan ½ sudu kecil serbuk kunyit ke dalam nasi goreng jika mahu.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, selamat mencuba... dipersilakan share.