Friday 7 October 2016

Resepi Hati Lembu Bersama Pegaga ~ Klik Disini

Tags



Resepi Hati Lembu Bersama Pegaga 

Bahan-bahannya :

  • 100 gram hati lembu – hiris nipis
  • 1 ikat daun pegaga – dibersihkan dan potong kecil-kecil
  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • 1 inci kunyit hidup – tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk halus
  • Sedikit lada hitam – tumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara Penyediaanya :

  • Rebus hati lembu hingga empuk.
  • Kemudian perap hati lembu bersama kesemua bahan yang telah ditumbuk halus dan sedikit garam selama setengah jam.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah diperap dan akhir sekali masukkan daun pegaga. 

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.