Friday 7 October 2016

Resepi Kek Lobak Bersos ~ Klik Disini

Tags


Resepi Kek Lobak Bersos

Bahan-bahannya :

  • 250 ml minyak masak
  • 4 biji telur
  • 3 sudu makan marjerin, dicairkan
  • 175 gram gula pasir
  • 280 gram tepung gandum 
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda 
  • ½ sudu the serbuk kayu manis 
  • ¼ sudu teh garam
  • 75 gram biji gajus, dicincang
  • 45 gram kelapa parut kering
  • 300 gram lobak merah, diparut

Bahan sos / hiasan:

  • 80 ml santan, dipanaskan
  • 110 gram keju mascarpone
  • 2 sudu makan madu
  • 1 biji limau nipis, diambil kulitnya, diparut
  • 3 sudu makan air oren sunkist
  • 1 sudu teh serbuk halia
  • Kelapa kering manis untuk taburan
Cara Penyediaan:

  • Panaskan ketuhar 190ºC. Blender minyak masak, telur, marjerin, dan gula pasir hingga lembut. Ketepikankan.
  • Ayak tepung gandum, baking powder, dan baking soda. Masukkan serbuk kayu manis, dan garam. Kacau rata.
  • Masukkan adunan minyak masak, kacang, gajus, dan lobak merah. Kacau rata.
  • Tuang adunan ke loyang kek yang dioles marjerin dan dialasi kertas minyak. Masukkan kedalam ketuhar selama 50 minit.
  • Sementara itu satukan santan, mascarpone, dan madu. Tambah kulit limau, air sunkist, danserbuk halia. Kacau rata.
  • Setelah kek masak dan disejukkan pada suhu bilik, siram sos ke atas kuih dan taburi kelapa kering manis. Potong-potong dan sajikan.

Selamat mencuba.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.