Sunday 9 October 2016

CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI KUKUS YANG MUDAH DAN ENAK

Tags


RESEPI PUDING ROTI KUKUS

Bahan-bahan :
  • 5 keping roti (dipotong kecil)
  • 375ml susu cair
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
  • Sedikit serbuk kayu manis (kalau tak suka, tak perlu letak)
  • Sedikit kismis

Cara Membuat Puding Roti Kukus Yang Sedap

1) Satukan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau rata.
2) Tambahkan susu cair dan kacau sehingga adunan sebati.
3) Gliskan loyang dengan mentega kemudian susunkan roti yang telah dipotong kecil.
4) Tuang adunan yang telah dikacau sebati tadi ke atas roti.
5) Akhir sekali taburkan kismis dan serbuk kayu manis di atasnya.
6) Kukus di atas api bersaiz sederhana selama kira-kira 25 minit.
7) Selepas siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Mudah kan nak membuat puding roti ini. Jangan lupa untuk mencuba Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap ini.