Saturday 19 November 2016

Resepi mudah tapi pasti sedap! "PENGAT PISANG"

Tags


Resepi mudah tapi pasti sedap! "PENGAT PISANG"

Bahan-bahan:
  • 10 biji Pisang Abu/Raja - atau 1 ikat pun boleh. Buang kulit belah dua/ potong bulat-bulat.
  • 1 kotak santan
  • 2 sudu sagu biji - direndam
  • 2 ketul (saiz sederhana) gula Melaka - dihiris supaya mudah larut
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Resepi Pengat Pisang Yang Pasti Sedap
  • Cara Menyediakan Pengat Pisang Yang Pasti Sedap

Cara penyedianya:
  1. Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan (diikat) dan gula melaka.
  2. Biarkan gula melaka larut.
  3. Kacau santan sehingga mendidih.
  4. Masukkan pisang, sagu dan garam. Biarkan beberapa minit.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Tips orang lama:
  1. Pastikan sagu mata ikan tidak dimasukkan terlalu banyak kerana ia cepat mengembang dan boleh menyebabkan kuah menjadi terlalu pekat.
  2. Tambahan garam adalah perlu kerana ia berfungsi untuk menambahkan rasa lemak dan enak pengat anda.

Selamat mencuba uolsss & Dipersilakan share.