Saturday 17 December 2016

3 Petua Mudah Yang Boleh Digunakan Supaya Tidak Terjebak Dengan Dosa Mengumpat

Tags



3 Petua Mudah Yang boleh Digunakan Supaya Tidak Terjebak Dengan Dosa Mengumpat

*Tip yang pertama : Bercakap Perihal Sendiri

[:]Bila dua orang bertemu, pasti akan berbual berkaitan sesuatu perkara. Dalam perbualan itu, cuba kaitkan dengan hal pengalaman diri sendiri sahaja. Pastinya yang baik dan bermanfaat sahaja keluar apabila bercakap tentang diri.

[:]Ataupun, ceritakan perihal ilmu yang telah dibaca. Jika dikongsikan, lagi melekat kuat di ‘kortex medulla oblongata‘ bukan?



*Tips yang kedua : Jangan Bercakap Perihal Orang

[:]Pasak pada jiwa. Niatkan dalam hati. Saya tidak boleh bercerita tentang orang lain. Melainkan orang itu ada didepan mata dan sedang menayang giginya.

[:]Untuk tips ini, penetapan minda itu penting. Menjadi kebiasaan seseorang untuk tersasar dengan istilah “tapi”. Perkara ini menambahkan saham dosa mengumpat ketika menceritakan sesuatu yang kontra. Allahu. Sedih.

[:]Menceritakan buruk orang itu tiada baiknya. Cerita itu jika benar maka dapatlah dosa mengumpat, manakala yang salah dapatlah dosa memfitnah. Akaun debit kredit pahala terus aktif serta merta hanya dengan sebab lidah yang “tergelincir” dari landasan.



*Tips yang ketiga : Diam, Berdoa & Membenci

[:]Menjadi kebiasaan untuk para wanita berkumpul beramai-ramai. Maka dikala perjumpaan itu, jika terdengar perihal buruknya orang, teruslah berdiam diri. Mengiakan pun tidak, menidakkan pun tidak.

[:]Kemudian, doakan si pulan binti pulan itu kerana dosa mengumpatnya. Semoga dosa lidahnya diampunkan Allah s.w.t. kerana dirinya mengumpat dalam keadaan jahil. Seterusnya, benci dalam hati perbuatan itu. Jika terdengar orang mengumpat, terus berdiam diri. Doakan dirinya dan benci dari hati.

[:]Jangan ditegur si pulanah diwaktu itu, takut dirinya terasa dimalukan. Namun, jika berdua dan mampu untuk tegur, tegurlah secara berhemah.

[:]Diakhirat kelak, lidah yang banyak cabangnya ini akan terkatup kelu dan bisu. Terkatup serapat-rapatnya.

[:]Ya Allah, jauhilah kami dari golongan pengumpat ini dan jangan biarkan kami termasuk dalam kalangan mereka. Kerana sesungguhnya, orang yang mengumpat punyai penyakit hati. Semakin hari, semakin merebak meracuni diri. Allah.