Saturday 17 December 2016

Amalkan 10 sikap ini sekiranya anda mahu bahagia!

Tags


Jom perhatikan 10 sikap yang biasa sis buat untuk untuk mencapai bahagia.

Yang pertama sis akan lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan.

  • Ketakutan dan kekhuatiran hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa depan yang belum tentu terjadi, kebanyakan hal2 yang kita khuatirkan & takutkan tak pernah terjadi. It's all only in your mind.


Yang kedua sis buang sifat dendam.

  • Dendam dan amarah yang disimpan hanya akan menyedut energi diri kita dan hanya mendatangkan KELELAHAN JIWA, BUANGLAH !!


Yang ketiga sis berhentilah mengeluh

  • Mengeluh bererti selalu tak menerima apa yang ada saat ini, merasa diri tidak berguna dan secara tak sedar kita membawa-bawa beban negatif.


Yang Kempat bila sis ada masalah, Sis akan selesaikan satu persatu.

  • Hanya inilah cara menyelesaikan setiap persoalan satu demi satu. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berusaha atasinya, berdoa dan akhirnya serahkan segalanya kepada Allah. Setiap kesusahan ada kemudahan pada akhirnya. Itu janji Allah.


Yang kelima sis akan tidurlah dengan nyenyak.

  • Semua masalah tak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk dan tak sihat, biasakanlah tidur dengan nyenyak. Tidur dengan tenang.


Yang keenam sis jauhi urusan orang lain.

  • Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya. Bila kita teringat-ingat masalah orang lain, mesti tidur kita terganggu. Urusan harian kita sendiri pun ikut terganggu. Jika mereka meminta pertolongan kita, bantulah sekadar mampu. Ingat tu!! 


Yang ketujuh sis amalkan hidup pada saat ini dan bukan masa lalu

  • Nikmati masa lalu sebagai kenangan, jangan tergantung padanya. Tumpukan hidupmu pada kejadian ketika ini, kerana apa yang kita miliki adalah saat ini, bukan kelmarin, bukan esok. "Be totally present."


Yang kelapan sis akan jadi pendengar yang baik.

  • Ketika menjadi pendengar, kita boleh belajar dan mendapatkan idea-idea baru berbeza dari orang lain. Jangan menyampuk ketika teman kita berbicara. Ingat tu!! Dengar je apa yang dia luahkan..


Yang kesembilan sis akan berfikiran positif.

  • Rasa kecewa datang dari fikiran negatif. Kembalilah berfikir positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.


Yang kesepuluh sis akan bersyukur..

  • Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang akan membawa kita pada hal-hal besar. Sekecil apapun kebaikan yang kita terima, akan menghasilkan hal-hal besar dan selalu membawa kita kepada kebahagiaan jika kita bersyukur.     



Setiap apa yang disenaraikan di atas adalah antara sikap kita yang boleh mencipta bahagia. Biasakan bersikap positif dalam sebarang keadaan, rendah diri dan redha dengan dugaan hidup. Pandanglah semua orang dengan kasih sayang. Buangkan sangkaan yang bukan-bukan. In syaa Allah...bahagia itu milik kita!!

Jom sebarkan ilmu, sebarkan bahagia!! Sekian!