Thursday 8 December 2016

Cara-Cara Membuat Sotong Masak Paprik Sedap & Ringkas

Tags


Cara-Cara Membuat Sotong Masak Paprik Sedap & Ringkas

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
  • 1/2 kilo sotong putih
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang holland (bawang besar warna putih) (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 250 gm cili kering (dikisar)
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos cili
  • 500 ml air
  • 2 helai daun limau
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit kacang panjang sebagai hiasan 
  • sedikit garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa


Cara-Cara Memasaknya :
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan juga air dan kacau hingga rata
  • Masukkan sotong, daun limau purut, daun ketumbar dan kacang panjang. 
  • Sedia dihidangkan dengan nasi putih yang masih panas... 


 Ringkas kan? Marilah kita memasak sama2 untuk suami dan anak2.. hehehe..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.