Wednesday 14 December 2016

Jangan ingat awak Datuk Seri boleh sesuka hati nak buat apa pun!!!

Tags


Padah memukul isteri..

[:]Seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri telah membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret kuala lumpur semalam atas tuduhan dengan selamber mencederakan isterinya.. kejadian itu berlaku di hadapan sebuah bank di ibu negara bulan lepas.


[:]Pesalah yang bernama Datuk Seri Halim Mohd. Ali, 51, telah membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan ketua Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.


[:]Mengikut pertuduhan itu, Datuk Seri Halim Mohd telah didakwa mencederakan Rosarita Saad, 36, dengan , menumbuk menarik rambut & menampar muka Rosarita Saad(isteri) berdekatan Bank RHB, Taman Shamelin Perkasa, pada jam 11.30 malam, 23 November lepas.


[:]Berikutan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan & boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yg memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM4,000 ataupun kedua-duanya sekali jika pesalah disabitkan kesalahan.