Wednesday 14 December 2016

Neelofa buat keputusan untuk berpisah dengan Fattah Amin.



[:]Pengacara, Neelofa mengambil keputusan untuk 'berjauhan' seketika dengan pelakon Fattah Amin ekoran laporan terkini yang mengatakan dia telah bertemu dengan keluarga pemenang Hero Remaja 2012 itu.


[:]Menerusi kapsyen Instagramnya, Neelofa berkata, dia dan Fattah memerlukan masa untuk berfikir dan tidak mahu terus diasak dengan soalan mengenai perkahwinan mereka.


[:]"Ketika membaca berita yang melibatkan saya dan keluarga, saya berasa marah dan sangat sedih. Bagaimana perasaan keluarga kami apabila orang luar lebih mengetahui tentang apa yang berlaku tentang kami?


[:]"Saya sangat berharap kami diberi ruang dan tidak terus ditanya mengenai hal perkahwinan kerana ia bukan perkara yang boleh dipersetujui dalam masa sehari dua. Kalau ada jodoh, tidak ke mana bukan? Doakan yang terbaik buat kami," -Neelofa


[:]Neelofa dan Fattah mula dikaitkan bercinta selepas drama bersiri yang dibintangi oleh mereka, Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena beberapa bulan yang lepas.


[:]Namun, baik Neelofa mahupun Fattah, tidak ada sebarang pengakuan mengenai desas-desus tentang mereka berdua.