Monday 26 December 2016

MOHON JASA BAIK SEMUA PIHAK!! TOLONG SEBARKAN!! SEORANG GADIS YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN SEDANG MENCARI WALINYA..

Gambar Hiasan

#Mohon bantuan semua pihak..

#Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya Mac tahun hadapan buntu & sedih krn masih gagal mengesan ayah kandung beliau walaupun telah diusahakan bermacam cara lebih 6 bulan lepas.

#Noraiha Raida Noh, 31, memberitahu berdasarkan rekod surat pranatal ibu, ayah kandung beliau bernama Harun Manan berusia 29 tahun ketika itu dgn nombor kad pengenalan 1325759 yang dipercayai dari berasal dari Kelantan.

#Ibunya pula bernama Pauziah Jusoh dgn kad pengenalan 6719257 ketika itu berusia 25 tahun juga dipercayai dari Kelantan & alamat akhirnya Kampung Sungai Rabit, Temerloh Pahang.

#"Menurut cerita ayah angkat sy, Noh Awang, 63, ibu & ayah kandung berselisih faham semasa ibu membuat rawatan pranatal di Pusat Kesihatan Temerloh dan mengisytiharkan menyerahkan sy kepada sesiapa sahaja apabila dilahirkan.

#"Kebetulan ayah angkat Noh berada kat situ berikrar untuk mengambil sy & selepas 3 hari dilahirkan pada 1 Julai 85 di Hospital Mentakab,  sy diserahkan  kepada keluarga angkat sekarang," kata beliau.

#Perkahwinan beliau bersama pasangan pilihan akan tertangguh jika gagal mengesan bapa untuk menjadi wali.

#Beliau berharap sangat perkara ini dapat diselesaikan segera keran Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang mensyaratkan supaya berita mengenai pencarian wali ini disiarkan dalam mana2 akhbar sebelum melantik wali hakim.

#"Walaupun sy tidak pernah mengenali ayah & ibu kandung tetapi demi memenuhi tuntutan agama Islam keduanya terutama ayah dirayu hadir ke Mahkamah Syariah Chenor Maran, Pahang bagi perbicaraan permohonan perintah kebenaran berkahwin secara wali hakim.

#"Lebih manis lagi jika ayah kandung yang tidak pernah ditemui dapat mewalikan sendiri pernikahan sy pada 26 Mac 2017 di Felda Jengka 23," kata beliau

#Sementara itu menurut Noh, ayah & ibu kandung anak angkatnya itu dipercayai peniaga dari negeri pantaitimur (Kelantan) tetapi menghadapi masalah kewangan & masalah keluarga menyebabkan terpaksa menyerahkan anak kepada keluarga angkat.

#Noraiha dibesarkan oleh Sharifah Awang, 48, Noh dan isteri, dan menetap di Blok empat Felda Jengka 23, Pahang.

#"Saya merayu ayah beliau hadir & menjadi wali pernikahan Noraiha pada 26 Mac 2017. Apatah lagi Noraiha sendiri sangat merindui ibu bapa kandungnya yang tidak pernah ditemui," katanya.

#Sekiranyan anda mengenalinya mohon segera menghubungi Nur Hafizah Mahmud di talian 017-9396963 ataupun Noh Awang di talian 019-9570936.

Sumber : Sinar Harian