Monday 26 December 2016

Syukur Alhamdulillah.. Isteri pemandu bas ekspres, yang terbabit dalam kemalangan bas kemarin semakin pulih.. Sama2 kita doakan beliau semoga sihat kembali sedia kala..


Syukur Alhamdulillah.. Isteri pemandu bas ekspres, yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, di sini, Sabtu lalu, sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata Miaseh Kemart, 20-an, kini lebih stabil, selain sudah mula dapat menerima berita berkaitan kejadian itu, termasuk kehilangan suami dan anak bongsunya.

"Keadaan mangsa hari ini semakin stabil & mula dapat menerima sedikit berita kejadian itu. Sekarang beliau sudah kurang sedikit meracau & masih lagi memerlukan rawatan kaunseling dari pakar psikologi.

"beliau masih lagi diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPSF krn mengalami trauma & gangguan emosi serta kecederaan, termasuk patah & luka di beberapa bahagian anggota badannya," katanya ketika ditemui..

hari ini. Selain Miaseh, 4 lg penumpang bas itu masih lagi dirawat di HPSF iaitu Kesavan, 26, (Malaysia); 50, (India) dan Zaw Oo, 20, (Myanmar). R Nagadevan, 32, (Malaysia); R Govindra.

Pihaknya hanya membenarkan ahli keluarga terdekat menemui mangsa berikutan keadaan kesihatan yang masih belum mengizinkan.- Dr Selahuddeen

Sumber BH ONLINE