Tuesday 27 December 2016

RAKAMAN pemandu sebuah bas ekspres yang dipercayai menggunakan telefon bimbit sambil merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak ke Kuala Lumpur.


[:]Pihak berkuasa akan menyiasat rakaman pemandu sebuah bas ekspres yg dipercayai menggunakan telefon bimbit serta merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur hari ini.

[:]Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik seorang individu yg merakam kejadian itu.

[:]"Pihak polis akan lihat video serta gambar yang dikongsi oleh individu itu dan akan memanggil pemandu terbabit untuk disoal siasat,"

[:]Dan pihak polis juga akan menghubungi syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual pemandu bagi mengenal pasti identiti pemandu itu bagi tindakan susulan.

[:]"Pihak polis memandang serius tentang perkara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan,"

[:]Rakaman video pemandu sebuah bas ekspres yang dipercayai menggunakan telefon bimbit sambil merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur. Sementara itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada syarikat bas terbabit juga gagal. Dua rakaman video yang berdurasi antara 17 dan 19 saat itu dimuat naik oleh pengguna akaun laman sosial yg menggunakan nama Firdaus Wong Wai Hung pada 7 jam yang lepas.

 [:]Video berkenaan yg menjadi viral di laman sosial itu telah menunjukkan pemandu bas itu memandu sambil mengguna telefon bimbit dan merokok, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa pemandu terbabit.  video itu dimuat naik ketika firdaus menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan pada jam 11.30 pagi  untuk menuju ke Muar.

[:]Kedua-dua video itu mendapat menjadi viral di laman sosial dan telah ditonton lebih 3ratus ribu pengguna laman sosial

Sumber BH ONLINE