Tuesday 27 December 2016

Subahnallah.. Ibu yang sedang berpantang meredah banjir sambil mengdukung bayinya untuk ke pusat permindahan


[:]KEMAMAN: Seorang ibu muda yang berani sanggup meredah air paras pinggang sejauh 200 meter ke pusat pemindahan sambil mendukung bayi baru dilahirkan, itu antara detik cemas yang terpaksa diharungi beliau apabila rumahnya dinaiki air malam tadi.

[:]Suhaili Saharuddin, 21, dari Kampung Padang berkata dia terpaksa meredah air banjir itu pada kira2 3 pagi sambil mendukung bayinya yg baru berumur 15 hari, Nur Sofia Mohd Rizal manakala suaminya mendukung seorang lagi anak mereka berumur tiga tahun.

[:]"Masa tu saya sedang tidur, suami kejutkan beritahu air mula memasuki rumah... saya agak panik pada mulanya sebab risaukan bayi dan kami terus ambil keputusan untuk pindah.

[:]"Saya redah air hingga paras pinggang sambil dukung anak... Allah je tahu, rasa takut sebab tengah2 malam redah air, tapi saya kuatkan diri untuk selamatkan anak," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik di sini, hari ini.

[:]Suhaili berkata dia tinggal di Paka dan pulang ke rumah bapanya itu petang semalam untuk menghabiskan tempoh pantangnya.

[:]"Alhamdulillah, saya diberikan khemah, toto dan tikar dan makan pun diberikan lauk yang sesuai untuk orang berpantang... syukurlah.

[:]"Pagi tadi pegawai kesihatan datang dan bawa bayi saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan sebab anak saya demam kuning... Alhamdulillah, saya memang berterima kasih atas layanan ini," kata ibu muda itu.

[:]Abdul Rasid Ibrahim, 44, pula berkata ini kali kedua rumahnya dinaiki air sejak tinggal di perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Kanan, Kemasik pada September lepas.

[:]"Hujan memang lebat sejak pukul 8 malam... sekitar pukul 1 pagi air mula memasuki rumah, saya dan isteri sempat mengemas perabot dan barang untuk diletakkan di tempat lebih tinggi. Kami pindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 5 pagi," katanya.

[:]Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 orang daripada 17 keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir iaitu di SMK Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok.

[:]Sumber Awani