Monday 26 December 2016

Jemaah Surau al-Raudhah digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang diisi dlm beg.


[:]ROMPIN..Penduduk Bandar Tun Razak digemparkan dgn penemuan mayat bayi perempuan oleh jemaah Surau al-Raudhah sekitar jam 6am ahad semalam yang diisi dlm beg di tangga surau itu.

[:]Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Raudhah, yang dikenali Mahmud Yusof, 60, berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah sekitar jam 6am, semua jemaah terdengar kanak2 bising di belakang saf dan mengatakan ada beg berbau busuk.

[:]Beliau terus bangun dan pergi melihat beg yg terletak di hadapan tangga surau itu dan cuba memastikan kandungan dlm beg dengan memegang serta mengangkatnya.

[:]“Saya pegang dan angkat  beg itu, rasa berat serta benda di dalamnya lembik selain ada bau darah. Kemudian saya lihat berhampiran dgn beg itu memang ada kesan darah di lantai.

[:]“Saya rasa tidak sedap hati, letak semula dan terus pergi ke Balai Polis Bandar Tun Razak untuk membuat laporan berkaitan penemuan beg yang disyaki ada bayi itu,” katanya.

[:]Beliau yg pulang terlebih dahulu ke surau mendapati ramai jemaah sedang berkumpul di surau dan disebabkan rasa ingin tahu, mereka semua sama2 membuka beg itu lalu terkejut melihat ada mayat bayi. Allahu..

[:]Kejadian seperti ini kali pertama berlaku di surau berkenaan yang telah wujud sekitar 30 tahun yang lepas.

[:]"Tidak pernah berlaku kejadian sedemikian dan kami semua amat kesal dengan kejadian itu serta menzahirkan rasa kasihan ke atas bayi yang dijumpai itu.

[:]“Semua jemaah rasa terkilan kerana sikat orang yang meletakan mayat bayi itu.. dia tidak sepatutnya buat begitu pada bayi itu. Jangan la biarkan begitu kerana dia (bayi) bayi itu ahli syurga, sebab tidak sanggup hendak lihat bayi dalam keadaan begitu kami tutup dengan sejadah,” kata beliau..

[:]Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah yg dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan sedang dalam proses siasatan.

sumber awani