Friday 9 December 2016

Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yg saya lakukan."

Tags


Penyanyi Search, Amy kecewa dgn tindakan anak perempuan pemain dram Search, Yazit yg mencerca & menggelarnya sebagai anjing di Facebook.


"Tindakan Sheeqa Yazit menulis komen berkenaan adalah biadap & langsung tiada rasa hormat"- Amy


Amy sebelum itu memuat naik video persembahan Search di pentas Kampung Mak Cun sempena pameran MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), baru-baru ini.


Dalam video itu, Amy turut memuat naik status mengenai persembahan ‘tribute’ yg dilakukan seseorang penyanyi atau kumpulan tidak perlulah meniru gaya penyanyi asalnya & lebih elok jika tampil dgn cara tersendiri yg lebih asli.


Komen terbabit dipercayai ditujukan kpd kumpulan Retro Spektif yg membuat persembahan menyanyikan lagu2 Search di lokasi yang sama.


Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan terbabit kemudian memuat naik status di Facebook menafikan kenyataan Amy itu.


Dalam masa sama, Sheeqa memuat naik komen di akaun Facebook anggota kumpulan itu dgn menulis, “sapa yang menyalak mcm anjing ini?” yang dipercayai komen itu ditujukan kepada Amy.


Amy berkata, pada mulanya dia tak tahu mengenai perkara itu sebelum dimaklumkan seorang kawannya.


"Menerusi video yg dimuat naik, saya hanya menegur gaya & persembahan kumpulan Restro Spektif yg menyanyikan lagu2 Search.


"Saya langsung tidak mengutuk dia & sungguh terkejut bila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain,” kata amy.


Menurut Amy lagi, itu bukan pertama kali gadis itu bertindak demikian, malah pernah beberapa kali menyindirnya sebelum2 ini.


"Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yg saya lakukan."


"Bagi saya, rasa hormat adalah perkara paling asas yg perlu ada dalam setiap individu,"kata amy