Friday 9 December 2016

Semoga keluarga tabah menerima dugaan ini.. Sama-sama kita doakan adik Tengku Ammar Arjuna kembali sihat.

Tags



#Kanak2 lelaki melecur 50 peratus di badan dan muka selepas terkena minyak panas di rumahnya di Kampung Kemasin, Bachok..


#Dalam kejadian lapan mlm itu, mangsa Tengku Ammar Arjuna Tengku Alam, 2, terkena minyak panas yg disimpan di dalam botol sebelum tumpah di muka & badannya.


#Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut & kini dilaporkan stabil.


#Bapanya, Tengku Alam Raja Omar, 38 tahun, berkata, sebelum kejadian dia berada di dapur untuk memasak.


#Katanya, selepas menggoreng ikan, dia memindahkan minyak panas itu ke dalam botol & diletakkan di atas meja makan.


#"Saya tidak sedar bila dia memanjat & memegang botol minyak itu sehingga ia tumpah dan terkena badan serta mukanya.


#"Saya terkejut apabila dia menjerit dan menangis kuat & membawanya segera ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke HRPZ II


#"Kini, anak sy masih ditempatkan di HRPZ II untuk rawatan lanjut," -ayah