Friday 9 December 2016

Saya mahu menjaganya walaupun dalam lokap. Isteri saya mengandung dua bulan dan saya tidak tergamak membiarkan isteri seorang diri.

Tags


#Tak sanggup tengok isteri yg hamil ditangkap pihak berkuasa, seorang lelaki warga tempatan meminta untuk menemani isterinya yg juga warga Myanmar di dalam lokap selepas wanita berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

#Lelaki yg mahu dikenali sebagai Din, 23 tahun, itu berasal dari Pokok Sena, Kedah & baru 4 bulan berkahwin dengan isterinya yg juga berusia 23 tahun.

#Din berkata, isterinya, Nurul tak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri selain sijil nikah Myanmar yg meragukan.

#Katanya, mereka dicekup Jabatan Imigresen negeri dlm sekatan jalan raya di Plaza Tol Juru, awal pagi, kelmarin ketika menaiki bas menuju Kuantan.

#“Saya mahu menjaganya walaupun dalam lokap. Isteri saya mengandung dua bulan dan saya tidak tergamak membiarkan isteri seorang diri.

#“Namun, saya tidak diizinkan berbuat demikian dan terpaksa mencari jalan lain utk membuat pasport baru untuk isteri,” kata din.

#Menurut Din, dia berkahwin dgn isterinya di Myanmar selepas berkenalan di Facebook.

#Katanya, selepas berkahwin, dia tinggal di Myanmar beberapa bulan sebelum nekad membawa isterinya pulang ke Malaysia untuk bercuti.

#“Saya membawa masuk isteri melalui sempadan Thailand Malaysia di Padang Besar dan masuk ke negara ini tanpa masalah.

#“Kami menaiki kereta api ke Butterworth sebelum menaiki bas untuk ke Kuantan” kata din.

#Din berkata, dia dalam perjalanan ke rumah abang iparnya di Kuantan dan sedar dgn kesalahan dilakukan sehingga menyebabkan isterinya ditahan pihak berkuasa.

#Namun, katanya, dia terpaksa kerana tidak mampu membuat pasport untuk isterinya kerana kekurangan wang.

#Din diarah pihak Imigresen untuk mendapatkan bantuan abang iparnya bagi menguruskan kes terbabit.

#Dia menaiki bas ke Kuantan selepas meninggalkan sedikit wang serta beg pakaian kepada isterinya.

#Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang penagih serta mengeluarkan 66 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Plaza Tol Juru arah selatan di sini, awal pagi kelmarin.

#Operasi bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu disertai polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).