Tuesday 13 December 2016

Sebelum nak rampas suami orang fikir-fikirkan dulu nasib orang lain.

Tags


Jangan suka dan bangga sangat bila rebut suami orang awak dapat.. Sebab dalam kehidupan kita yang bernama manusia ni hati dia boleh berubah. Tup tup dia berubah hati, nak balik ke ke isteri lama.. tak mustahil awak pulak menjanda. Time tu baru awak rasa betapa kurang bijaknya awak walau dulu awak rasa bangga sangat rampas suami orang.


Memang jodoh pertemuan di tangan kuasa Tuhan.. Tapi kena ingat yang baik tu datangnya dari Allah SWT, yang buruk tu datangnya dari perangai busuk kita sendiri. Jangan rasa terlalu hebat, terlalu cantik atau terlalu bangga dapat meruntuhkan rumahtangga orang. Doa2 orang teraniaya ni tiada hijab. Rasulullah S.A.W bersabda;
 ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: “Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”

Cerai adalah perkara paling di benci Allah. Jadi bila awak rampas suami orang, paksa suami orang tu ceraikan isteri terdahulu fikirkanlah... awak dah suruh orang lain buat perkara yang di benci Allah. awak rasa Allah sayang perbuatan macam tu?


P/S : Suami orang even pinjaman dari Allah SWT untuk seorang isteri tapi kena ingat dia terlebih dahulu Allah SWT beri hak untuk memiliki.. Umpama awak pinjam duit kat bank kemudian orang curi duit tu takkan awak nak anggap takpe duit tu cuma pinjaman orang lain ambil pun takpe. Renung2kan lah apa yang saya tulis ye.. Jaga tingkah laku.. jaga iman... jaga ahlak.. Sekian..


Thanks yang sudi baca apa yang saya bebelkan ini.. Hehehe..