Tuesday 13 December 2016

Syukur Alhamdulillah Azmil Mustapha semakin sihat.


"Alhamdulillah, saya semakin sihat, syukur berkat doa kawan-kawan," kata Azmil Mustapha(Ali Setan), 63.

Perkembangan yg diberitahu ketika dihubungi, hari ini, sekaligus menafikan gambar dia mengengsot ke surau yg viral di media sosial baru-bary ini.

Gambar yg diviralkan semula itu dipercayai dirakam awal tahun lalu ketika beliau mengalami masalah kesihatan berkaitan jantung.

"Walaupun semakin sihat tetapi sy masih menerima rawatan susulan 2bulan sekali, di Hospital Serdang.

“Saya harap boleh mula semula (berceramah) kerana dh cuti lama sejak hujung tahun lalu," kata Azmil Mustapha

Azmil pernah dirawat di Hospital Putrajaya awal tahun lalu krn masalah jantung lemah dan berehat lebih 6bulan.

"Sekarang ni saya ada terima jemputan utk berceramah dalam sekali seminggu dan semalam pun sy ada berceramah mengenai Maulidur Rasul.

"Sy boleh terima jemputan di kawasan terdekat seperti di KL saja dan berat hati untuk terima jemputan sekiranya jauh," kata Azmil Mustapha yang tinggal di Shah Alam.

Azmil Mustapha yg popular menerusi filem Ali Setan pernah jatuh sakit selepas berceramah di P.Pinang dan Kedah.