Friday 16 December 2016

Subhanallah.. Inilah sebabnya lantai masjidil haram tidak panas walaupun waktu tengah hari.. Jom Sebarkan!!!

Tags



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Tahukah anda sekiranya kita melakukan tawaf pada malam & siang hari sangat berbeza cuacanya. Pada malam hari, cuaca cukup sejuk. Di sebabkan itu lah, orang yang tinggal sekitar Mekkah akan melakukan umrah pada waktu malam..

Begitu juga dengan orang di kawasan Kota Makkah seperti Jeddah. Warga bandar yg terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada waktu petang agar mereka boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada waktu pagi,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan negara kita hanya lebih kurang 36 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu waktu tempatan. Selepas itu, suhu akan menurun pada waktu malam.
Memang keadaan di sana sangat jauh berbeza. tawaf pada waktu malam memang tidak mengeluarkan tenaga yang banyak. Berbeza kalau tawaf pada waktu siang.

Tahukah anda yang uniknya, walaupun mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki tidak akan rasa panas. Walhal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari menerpa lantai marmar. Mestila panaskan..

Ini sangat berbeza dengan lantai yang berada di pintu Marwah. kalau berjalan, tapak kaki akan rasa panas seperti berjalan di atas api. Ada yang sampai tidak tahan panasnya dan berlari untuk mengelakkan panas itu.

Kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner supaya tapak kaki jemaah tidak rasa kepanasan yang ada..

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak ada marmar seperti yang ada sekarang ini. Dulu hanyalah pasir yang lapang.

Untuk pengatahuan anda.. sebelum ini lokasi tawaf tidak lah seluas sekarang, kerana di situ terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa kongsikan info yang berguna ini pada sahabat2 kita yang lain..