Thursday 15 December 2016

Ya Allah.. Tiada perikemanusian langsung!! Sanggup membiarkan lelaki ini mati di luar hospital!!

Tags


[:]Gambar mayat seorang lelaki yg dibiarkan di atas kerusi roda di luar sebuah hospital di Port Said mencetuskan kemarahan pengguna facebook di Mesir.

[:]Gambar itu yg tersebar secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu dan kerajaan berjanji untuk menyiasat kejadian berkenaan.

[:]Menurut laporan media, mayat lelaki itu dikenali sebagai Anwar Mustafa Darwish dan dia dipercayai mengalami penyakit mental.

[:]Keluarga Anwar mendakwa, mereka membawa lelaki itu ke Hospital Besar Port Said selepas dia mendakwa pening sebelum tidak sedarkan diri.

[:]Ketika sampai di hospital Anwar dilaporkan terkencing di dalam seluar menyebabkan pengawal keselamatan marah dan mengarahkannya menunggu di luar.

[:]Kata keluarga Anwar, lelaki itu akhirnya meninggal dunia di luar hospital itu sementara menunggu untuk menerima rawatan.

[:]Pengarah Hospital Besar Port Said dalam satu kenyataan menafikan dakwaan keluarga berkenaan dan memberitahu lelaki itu dirawat sewajarnya.

[:]Katanya, lelaki berkenaan dirawat ketika dibawa ke hospital tetapi keluar tidak lama selepas itu.

[:]Bagaimanapun, media di Mesir melaporkan, pihak pendakwa raya kini membuka kertas siasatan untuk menyiasat laporan berkenaan.

Sumber metro