{^}Tips Pertama [Planning]
<.>Perkara pertama saya akan plan apa yang saya nak buat. Sebelum tidur dah fikir esok apa nak buat. Kalau rajin buat list siap-siap kalau tak rajin, boleh ingat tak payah la tulis. Tapi saya memang akan tulis sebab, bila bangun tidur definitely ingat buat dua benda je (da byk kali jadi) so nak selamat, saya akan tulis.
<.>Contohnya :- 1. Esok bangun pagi nak buat breakfast mee hoon goreng(specifik- sebab nanti da tak payah nak fikir breakfast apa nak buat lagi)
<.>2. kalau nak balik kampung ke nak pergi cuti-cuti senang cerita nak pergi travel, boleh plan apa nak bawak, berapa helai baju untuk anak, suami & diri sendiri serta barang keperluan lain yang boleh prepare awal (so nanti takde la barang-barang tertinggal dan lupa)
<.>3. Bag anak-anak kalau nak hantar ke nursery boleh readykan malam so nanti kalau terlajak bangun pagi tak kelam kabut and barang pon insyaAllah tak tertinggal sebab dah prepare awal.
{^}Tips Kedua [Buat perkara yang penting]
<.>Ok, untuk suri rumah, memang kerja rumah tu tak pernah habis. Jadi, buat perkara yang penting dulu contoh, lepas solat subuh (yang beragama islam, agama lain boleh doa/sembahyang ikut kepercayaan agama masing-masing) basuh baju, then vacuum rumah/sapu, dah settle kemas rumah boleh sediakan sarapan utk family. Dah siap breakfast, boleh la sidai baju yang dah settle cuci dalam washing machine tu..
<.>Bagi mereka yang bekerja, mungkin berbeza kerana lepas subuh akan terus bersiap untuk ke ofis dan menghantar anak ke nurserykan. Habis waktu kerja, baru dapat membuat kerja rumah seperti masak, cuci baju, lipat kain dan sebagainya.Slow-slow buat, kalau letih berehat, boleh plan untuk esoknya dan kalau ada yang rajin, boleh prepare your own house chores timetable.
{^}Tips Ketiga [Mintak tolong MR husband)]
<.>Pasti ada kerja rumah yang boleh husband tolong. Memang kaum lelaki ni kurang pandai dalam menguruskan hal kemas mengemas dan memasak, tapi pasti ada salah satu kerja rumah yang husband anda suka buat contohnya, masak atau jagakan anak. So, cuba tengok mana yang your husband suka buat, boleh mintak pertolongan dia untuk sama-sama uruskan kerja rumahtangga. Lepas tolong, boleh la belanja makan, masak sedap-sedap for appreciation kan.