Monday, 28 December 2015

DOA SUPAYA ORANG YANG HILANG ATAU ORANG YANG LARI RUMAH KEMBALI SEMULA KE RUMAH




(^)Cara Yang Pertama

(^) Baca surah Al thariq.


(^) Kemudian baca Doa ini.

اللَّهُمَّ كَمَا رَدَدْتَ يُوسُفَ عَلَى أَبِيهِ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتي
Allahumma kama radadta Yusufa ‘Ala Abihi Rudda ‘Alayya Dhallatiyy
Ya Allah sebagaimana Engkau kembalikan Yusuf kepada bapanya, Engkau kembalikan hartaku (niat panggil pulang dengan sebut nama dan bayangkan wajahnya) yang hilang



(^)Cara Yang Kedua

(^)Lakukan solat hajat ditengah malam selama 3 atau 7 atau 21 malam..
(^)Selesai solat hajat hadiahkan Alfatihah kepada Baginda Rasulullah SAW, Syeikh Abdul
(^)Qadir Al-Jailani, ibu bapa dan kepada orang yang hilang.
(^)Bacakan ayat ke 31 dari surah Ar Ra'd sebanyak 31 kali.

(^)Selesai membaca 31 kali, niat panggil pulang dengan sebut nama dan bayangkan
  wajahnya yang hilang.



Walaw anna qur-anan suyyirat bihialjibalu aw quttiAAat bihi al-ardu awkullima bihi almawta bal lillahi al-amru jameeAAanafalam yay-asi allatheena amanoo an law yashaoAllahu lahada annasa jameeAAan walayazalu allatheena kafaroo tuseebuhum bimasanaAAoo qariAAatun aw tahullu qareeban mindarihim hatta ya/tiya waAAdu Allahiinna Allaha la yukhlifu almeeAAad

(^)Terjemahannya ialah:

(^)Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

(^)SemOga ikhtiar dari kalam Allah SWT adalah jalan yang terbaik. Semuga diizinkan-Nya.
Jazakallahu khairan.