Bahan-BAHAN A
<>300gm udang besar (Gulai ini sesuai udang besar. Banyaknya udang bergantung kepada saiz/ bil orang yang makan, saiz saya sesuai untuk anak-anak dalam 4 orang)
<>2 cawan santan pekat (Boleh tukar dengan susu kotak)
<>2 batang serai yang diketuk
<>Kacang panjang dipatah-patahkan secukupnya (Jangan terlalu banyak nanti namanya gulai kacang bukan gulai udang)
<>Garam secukup rasa
Bahan-BAHAN B (dikisar)
<>5 biji bawang merah (kecil)
<>3 biji bawang putih
<>2 biji cili merah (Kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
<>2 inci kunyit hidup
<>Satu sudu besar serbuk kari
<>1 cawan air
CARA-CARA UNTUK MEMASAK IALAH :
<>Mula-mula masukkan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan pula semua bahan B ke dalam periuk. Setelah naik baunya, masukkan udang dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan tunggu hingga sehingga hampir mendidih dan masukkan kacang panjang dan garam. Sesudah mendidih, boleh ditutup api dan dihidangkan. Biasanya saya tidak membiarkan sayur kacang panjang begitu lama dimasak kerana ia akan menjadi layu dan bertukar warna.
