(*)marilah kita berubah menjadi ibu ayah yang mempunyai ciri-ciri berikut jika mahukan anak-anak soleh dan solehah.
1. Didik anak anda dengan lembut hati.
[-]Anak-anak akan belajar daripada ibu ayah supaya tidak menjadi orang yang keras hati.
2. Jadilah ibu ayah yang pemaaf dan tawaduk.
[-]Anak-anak akan hormat dan menghargai ibu ayah yang boleh merendah diri mengakui kesilapan dalam mendidik mereka.
3. Menjadi contoh terbaik kepada mereka.
[-]Anak-anak hendak melihat terjemahan keindahan agama pada diri ibu ayah. Janganlah kita menyuruh anak-anak solat dan membaca al-Quran tetapi ibu ayah sendiri tidak membuat perkara tersebut. Anak-anak hendak tengok ibu ayah juga cinta kepada al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada teladan baik daripada ibu ayah itu adalah kesukaran dalam pendidikan tersebut.
4. Perbaiki kasih sayang anda kepada anak-anak.
[-]Jangan abaikan perasaan anak-anak. Anak-anak adalah amanah dari Allah maka curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.
5. Perbaiki hati anda.
[-]Sentiasa berusaha menjadi ibu ayah yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas untuk mendidik anak ke jalan Allah SWT.
6. Perbaiki cara pendidikan anda.
[-]Cara pendidikan kita terhadap anak-anak juga perlulah mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw.
7. Perbaiki solat.
[-]Jika mahu anak rajin bersolat, ibu ayah terlebih dahulu perlu memperbaiki kualiti solat.
Allah SWT memberi jaminan kalau kita bersungguh-sungguh di jalan Allah dan serahkan kepada Allah untuk mengurus dan mengubah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka Insha Allah Dia akan memperkenankan doa kita.
