Masa Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan
Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
(^)700 gram kepala ikan merah, boleh juga kalau nak di gantikan dengan ikan lain.
Bahan-bahan yang untuk di tumbuk ialah:-
(^)3 ulas bawang merah(*)
(^)3 ulas bawan putih(*)
(^)1 inci halia.(*)
(^)1/4 biji bawang besar(*)
Bahan untuk di tumis ialah:-
(^)3 sudu besar minyak masak
(^)1 sudu kecil halba campur
(^)1 batang kecil kulit kayu manis
(^)2 kuntum bunga lawang
(^)Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain yang berkaitan dengannya ialah:-
(^)2 cawan santan cair
(^)1 cawan santan pekat
(^)1 paket rempah gulai ikan
(^)1 sudu besar serbuk cili
(^)1 biji tomato di potong 4
(^)5 batang bendi
(^)garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaannya ialah:-
(^)Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*)
(^)Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
(^)Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
(^)Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
(^)Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
(^)Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
(^)Siap dan sedia dihidangkan.