{+}Baca tiga (x 3) sebelum tidur malam. In sha Allah dipeliharakan keselamatan harta benda dan ahli keluarga ketika sedang tidur.
Quli odAAoo Allaha awi odAAoo arrahmanaayyan ma tadAAoo falahu al-asmao alhusnawala tajhar bisalatika wala tukhafitbiha wabtaghi bayna thalika sabeela
{+}Terjemahannya ialah:
{+}Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Waquli alhamdu lillahi allatheelam yattakhith waladan walam yakun lahu shareekun feealmulki walam yakun lahu waliyyun mina aththulliwakabbirhu takbeera
{+}Terjemahannya ialah:
{+}Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
{+}Surah Al-'Isra (Ayat 110 & 111)