[+]Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:
(^)1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1kg)
(^)1 kotak santan kotak (air secukupnya)
(^)3 sudu besar cili kering kisar (tambah jika suka pedas)
(^)1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dgn air sikit)
(^)8 gram rempah masak cap bunga rose
(^)2 keping asam keping
(^)2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
(^)10 biji cili api
(^)6-7 biji belimbing buluh
(^)Garam secukup rasa
[+]Bahan-bahan kisar pula ialah:
(^)10 ulas bawang merah
(^)4 ulas bawang putih
(^)1 inci halia
(^)2 hiris lengkuas
[+]Cara cara untuk membuatnya ialah:
(^)Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
(^)Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Nota Penting: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.