Thursday, 7 January 2016

Resepi Puding Oreo

Tags



Resepi Puding Oreo antara resepi kegemaran admin sekeluarga, bahan-bahan yang di sediakan sangat mudah dan sangat sedap di makan ketika sejuk

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PUDING OREO

  • 13gm agar – agar tali
  • 750ml air
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan milo (boleh tukarkan kepada coklat )
  • 1 paket biskut oreo


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PUDING OREO


  1. Loyang @ acuan sejukkan di dalam fridge 10 minit.
  2. Didihkan air dan masukkan agar -agar tadi. Tunggu sehinngga larut & masukkan gula. Kacau dan masukkan susu cair.
  3. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Asingkan 3 cawan agar – agar tadi. Yang selebihnya masukkan milo dan kacau hingga sebati.
  5. Sendukkan bahagian yang milo tadi separuh ke dalam loyang @ acuan yang di simpan di dalam fridge tadi. Biarkan lapisan pertama sejuk dan keras.
  6. Kemudian , ambil garfu ..kikiskan lapisan tadi .
  7. Kemudian barulah sendukkan lapisan susu. Susun atur biskut oreo mengikut citarasa anda.
  8. Biarkan seketika..barulah masukkan lapisan milo yang terakhir.
  9. Alhamdulillah. .sudah siap. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Apa tunggu lagi cubalah resepi ini, sedap di makan petang-petang bersama keluarga tersayang. Pasti menambat selera anda seisi keluarga. selamat memcuba

sumber