Thursday, 7 January 2016

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Tags


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak sinonim dengan negeri pantai timur iaitu Pahang, Ikan Patin Masak Tempoyak terkenal di Temerloh, Pahang. 

Bahan bahan utk dikisar:

5 batang cili padi hijau ( kampung ) - kalau nak pedas sila tambah
5 batang cili padi merah - kalau nak pedas sila tambah
1/2 inchi kunyit

Bahan bahan lain:

1 ekor ikan patin ( sy guna size sedang )
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
5 sudu besar tempoyak
** 2 keping asam keping ( optional )
Garam
Air secukupnya

Blend kunyit hidup dan cili padi hingga halus. Masak bahan kisar dengan air secukupnya serta tempoyak sehingga menggelegak.

Masukkan ikan, kemudian masukkan garam, gula dan daun kesum. Sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan panas panas.

Jom masak Ikan Patin Masak Tempoyak hari ini, mesti menyelerakan untuk anda seisi keluarga yang gemarkan resepi ini.

sumber