Saturday, 9 January 2016

RESEPI KARI IKAN BAWAL HITAM SEDAP

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)2 ekor ikan bawal - lebih kurang 500 gram
(*)7 ulas bawang merah - hiris
(*)3 ulas bawang putih - hiris
(*)1 sudu kecil halba campur
(*)2 tangkai daun kari
(*)3 tangkai cili padi - potong kecil
(*)1 paket kecil rempah kari ikan Babas
(*)1 sudu kecil serbuk cili
(*)6 batang bendi
(*)2 batang cili hijau - patah 2
(*)1 biji tomato buah - belah 4
(*)1 sudu kecil penuh pes asam jawa
(*)1- 1 1/2 sudu kecil garam
(*)Serbuk perasa - jika suka

Cara-cara untuk menyediakan ialah:-

(*)Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.

(*)Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing.

Nota pentIng yang anda harus tahu: saya goreng rempah kari kering yang tak dibancuh air. Kacau dengan cepat beberapa minit sebelum dimasukkan sedikit air.