Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:
(*)10 biji telur rebus
(*)750 gram santan
(*)2 helai daun salam - letak daun limau purut pun boleh juga
(*)Garam
(*)1 sudu besar gula merah
Bahan-bahan untuk di kisar:
(*)1 ruas jari lengkuas
(*)6 ulas bawang merah
(*)1 batang serai
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 sudu kecil ketumbar
(*)1 cm halia
(*)3 biji buah keras
(*)6 tangkai cili kering atau cili merah
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
(*)Telur rebus dikupas dan buang kulit. Jika suka, boleh juga digoreng seketika.
(*)Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang dikisar sehingga wangi.
(*)Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan telur dan daun salam serta garam. Masak sehingga ianya terbit minyak.