Monday, 4 January 2016

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN HITAM DI KETIAK


(*)Biasanya ketiak menjadi hitam apabila kita tidak berhati-hati semasa bercukur atau pun mencabut bulu ketiak. Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tidak berhati-hati apabila mencukur bulu ketiak. Akibatnya segala kandungan yang ada dekat deodoran, bedak, atau segala yang diletakkan pada ketiak, ia akan memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi, dan secara langsung menghitamkan ketiak anda.

(*)Petua Untuk Mengekalkan dan Memutihkan Ketiak anda

1. Setiap kali anda ingin mencukur ketiak, pastikan pisau cukur itu betul-betul tajam.
2. Guna shaving cream dan bercukur pada satu arah saja.
3. Gunakan scrub secara teratur dan gosok perlahan-lahan supaya sel kulit yang mati dapat ditanggalkan. Berhenti jika terasa pedih.