Tuesday 9 February 2016

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan Anda


</>Pilihan pertama: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

</>Pilihan kedua: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

</>Pilihan ketiga: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

</>Pilihan keempat: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

<?> Kacang
<?> Sayuran seperti brokoli
<?> Kobis
<?> Taugeh
<?> Bawang
<?> Asparagus
<?> Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
<?> Bijirin seperti roti gandum
<?> Minuman ringan dan jus buah
<?> Susu dan produk daripada susu dan keju
<?> Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

{#} Banyakkan minum air kosong.
{#} Kurangkan udara yang anda sedut.
{#} Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
{#} Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah