Sunday 7 February 2016

Resepi Donut Mayonis Yang Lembut

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[-]330 gram tepung gandum
[-]1 1\2 sudu besar mayonis
[-]1 sudu besar susu tepung/skim milk
[-]1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu)
[-]140ml air suam
[-]1 1\2 sudu besar marjerin
[-]3 sudu besar gula
[-]4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)
[-]Serbuk Gula (kisar gula sedikit)

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [-]Kaedah 1. Menggunaan Bread Maker (BM).  Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start. Tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. [-]Kaedah 2. Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik. Ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit. Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. [-]Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. [-]Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit. Kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda.

5. [-]Goreng donut tadi sehingga kuning ke-emasan, gunakan api sederhana. Angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.