Sunday 7 February 2016

Resepi Homemade Chocolate County Bar Sungguh Enak Bila Di Makan

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialAh:-

<>400g coklat – Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain yang anda gemari.
<>Sepeket kelapa kering/parut
<>1 Cawan susu pekat manis

Cara-cara untuk Membuatnya:-

1. <>Cairkan coklat dengan kaedah double boiled. Biarkan seketika.

2. <>Gaulkan kelapa dengan susu. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tidak terlalu basah atau terlalu kering. Mudah untuk dibentuk nanti.

3. <>Ambil sedikit adunan kelapa tadi, gumpalkan berbentuk bar. Kemudian, susun atas loyang dan simpan sekejap dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

4. <>Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam peti sejuk sekali lagi selama 15 minit. Siap untuk dinikmati.