Sunday 7 February 2016

Resepi Pancake Mudah Untuk Di Sediakan

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[]2 Cawan tepung gandum
[]4 Sudu Besar Mentega
[]2 Sudu Besar Jus Lemon
[]4 Sudu Besar Gula Kastor
[]3 Sudu Teh Baking Powder
[]2 Biji Telur
[]1 Sudu Kecik Garam
[]1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. []Cairkan mentega.

2. []Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.

3. []Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.

4. []Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.

5. []Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. kacau hingga sebati.

6. []Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.

7. []Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.