Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[$]1/2 paket mee kuning
[$]10 ekor sotong/udang – potong nipis
[$]2 keping fish cake
[$]250 gm sawi hijau
[$]100 gm kobis
[$]3 s/b kicap pekat
[$]1 s/b sos tiram
[$]1 ketul kiub ayam
[$]4 ulas bawang putih – ketuk
[$]4 ulas bawang merah – hiris
[$]3 sudu besar minyak
[$]1 cawan air
[$]1 sudu tepung jagung – bancuh dengan air dulu
[$]Garam
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. [$]Rendam mee dengan air panas. Cuci dan toskan.
2. [$]Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. [$]Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut.
4. [$]Masukkan kicap, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula kubis dan sawi.
5. [$]Perasakan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat. Hidangkan.