Thursday, 11 February 2016

Resepi Mee Sup Yang Mudah Dan Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(##)200gm daging lembut
(##)10-15 ekor udang sederhana besar
(##)1 kiub ayam maggi
(##)6 biji bawang putih
(##)1 sudu teh lada hitam
(##)1 inci halia, diketuk
(##)1/2 sudu teh lada sulah
(##)4 biji bawang kecil-dihiris halus
(##)4 biji telur
(##)1 camca teh serbuk lada hitam
(##)sedikit kicap
(##)1-2 sudu makan sos tiram
(##)10 biji fish ball
(##)2 keping fish cake-dihiris tipis
(##)1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit air
(##)Garam secukup rasa
(##)Air secukupnya

Bahan-bahan Sayuran –

(##)1 batang lobak merah-di bersihkan dan di potong memanjang
(##)10 kuntum cendawan tiram
(##)2 tangkai daun sawi
(##)sedikit bunga kobis

Bahan-bahan Sampingan –

(##)Mee yang telah dicelur
(##)Hirisan daun bawang/daun sup
(##)Bawang goreng/bawang goreng segera
(##)cili merah yang di hiris tipis dan di bubuh kicap – Tambah cili api kalau nak pedas.

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (##)Bersihkan daging dan hiris nipis. Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.

2. (##)Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.

3. (##)Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan dilumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.

4. (##)Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.

5. (##)Masukkan daging yang telah di hiris sehingga daging berubah warna. Masukkan air secukupnya.

6. (##)Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan kiub ayam maggi.

7. (##)Bila daging telah lembut, masukkan pula garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.

8. (##)Masukkan udang, fish ball, fish cake, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.

9. (##)Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak.

10. (##)Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.

11. (##)Ambil mee yang telah dicelur, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.

12. (##)Bubuh cili merah yang di hiris tadi. Boleh di hidang panas-panas.