Wednesday 10 February 2016

Resepi Sup Ekor Lembu Yang Sungguh Lazat

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[\\\]220gm ekor lembu – dipotong kecil
[\\\]600ml air stok daging
[\\\]60gm bawang merah
[\\\]20gm bawang putih
[\\\]5gm daun bawang
[\\\]30gm halia
[\\\]5gm cili padi
[\\\]1 batang serai
[\\\]10gm bunga lawang, pelaga, cengkih
[\\\]10gm kulit kayu manis
[\\\]2 sudu makan rempah sup
[\\\]1 biji buah tomato – dipotong
[\\\]½ biji limau nipis – ambil jusnya
[\\\]5gm bawang goreng
[\\\]Garam secukup rasa
[\\\]Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. [\\\]Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. [\\\]Selepas itu masukkan rempah sup dan cili padi. Kacau sehingga pecah minyak.

3. [\\\]Kemudian masukkan air stok daging, kacau dan biarkan mendidih.

4. [\\\]Masukkan ekor tadi, jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.

5. [\\\]Selepas itu masukkan tomato dan biarkan mendidih seketika.

6. [\\\]Angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun bawang.