Friday, 14 October 2016

Resepi Kerabu Rumpai Laut ~ klik disini

Tags


Resepi Kerabu Rumpai Laut

Bahan-bahan:
  • 100g rumpai laut kering (juga dikenali rumpai laut asli kolagen)
  • 1 batang timun-buang empulur dan hiris nipis
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 kuntum bunga kantan - dimayang halus
  • 1 genggam daun selasih - jika suka
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • 15 tangkai cili api - dicincang
  • 1/2 cawan air perahan limau kasturi
  • 2 sudu besar cuka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 sudu teh garam halus

Cara penyediaan:
  • Rumpai laut dicuci bersih seperti membasuh beras, kemudian rendam semalaman atau sekurang-kurang selama 4 jam (sehingga kembang). Selepas itu cuci lagi sekali dan celur seketika dalam ai panas.Toskan dan potong mengikut saiz yang disukai.
  • Satukan rumpai laut yang telah dipotong dengan dengan semua bahan di dalam mangkuk besar. Gaul hingga mesra dan perap selama 15-20 minit.
  • Siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan bersama nasi dan ikan bakar atau boleh juga dimakan kerabu rumpai laut begitu sahaja.

Selamat mencuba.